Salam Sejahtera.
Dikhabarkan ramai pengguna DIGI dan UNIFI mula menghadapi sedikit masalah berinternet sejak semalam dan hari sebelumnya. Sepertimana telah saya kongsikan caranya, masalah ini dapat diselesaikan dengan cara mudah; TUKAR DNS.
Apa itu DNS? Anda boleh buat carian untuk maklumat lanjut.
Berdasarkan percubaan, dengan menukar DNS, masalah dapat diselesaikan.
Terdapat banyak cara untuk menggunakan DNS alternatif selain dari yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan internet (ISP). Antara caranya;
- Tukar DNS pada tetapan router. Cara ini agak teknikal, tapi bagi pengguna advance, anda boleh gunakan kemahiran anda.
- Install perisian ‘DNS Changer’. Antara perisian yang boleh digunapakai ialah ‘1.1.1.1’. Anda perlu cari nama ‘1.1.1.1’ pada kotak carian di Playstore, Appstore atau yang lain-lain seperti APKPURE. Selepas install, hanya perlu ‘connect’ dan anda boleh nikmati semula internet anda.
- Tukar DNS pada peralatan anda. Untuk box Hyptv Box, Hyptv EC6108V8, anda tidak boleh menggunakan apps seperti di atas kerana ia menggunakan Android versi 4.4.2. Mungkin ada aplikasi lain yang boleh digunakan, tapi tidak dalam pengetahuan saya. Jadi, ikut cara yang pernah saya kongsikan di sini. Kaedah atau konsep sama boleh digunakan untuk peralatan-peralatan anda yang menggunakan Android kurang dari versi 5.0.
Selamat mencuba.
Facebook Comments
Leave a Reply