Set Top Box – Huawei EC6108V8 – Saya mempunyai akaun sah Hypptv, tetapi mengapa Hypptv apps saya menunjukkan error?

Jika anda melakukan factory reset atau sebarang langkah yang menyebabkan gangguan pada tetapan HYPPTV anda, error akan dipaparkan di TV.

Sila pastikan tetapan anda adalah mengikut langganan anda:

  1. Masuk ke SETTINGS kemudian IPTV Settings. Pastikan ‘Field Switcher’ ditetapkan mengikut langganan anda; UNIFI atau Streamyx.
  2. Jika HYPPTV meminta anda memasukkan login ID dan password, sila dapatkan dengan menghubungi TM di talian 100. Kemudian, masukkan ID tersebut untuk login. INGAT, ia adalah ID HYPPTV untuk box TM BUKAN HYPPTV EVERYWHERE.
  3. Anda juga boleh login HYPPTV anda di skrin IPTV Settings. Gunakan tetapan ‘IPTV Authentication Settings’. Maintenance code adalah 3008(box firmware lama) atau 6872(box firmware updated).
  4. Jika anda bertukar dari box lama ke box baharu, pastikan anda hubungi TM untuk unbind box lama anda terlebih dahulu.

Bagi pengguna Streamyx, anda boleh menggunakan WIFI atau LAN untuk menonton siaran Hypptv. Ini kerana Hypptv dan internet berkongsi talian yang sama. Jika anda mendapat error apabila melancarkan aplikasi Hypptv, sila pastikan yang berikut:

1) LAN atau WIFI bersambung
2) Tetapan IPTV Setting pada Setting diletakkan pada Streamyx

Bagi pengguna UNIFI, untuk menonton Hypptv, anda perlu menyambungkan kabel LAN dari port LAN box anda ke port LAN no 4 pada router anda. WIFI pula, untuk penggunaan internet. Jika masih mendapat error apabila melancarkan aplikasi Hypptv, sila pastikan yg berikut:

1) LAN bersambung pada port sepatutnya
2) Tetapan IPTV Setting pada Setting diletakkan pada UNIFI.

 

Jika masalah masih berlarutan, sila hubungi TM. Bacaan di blog ini adalah untuk memudahkan/membantu anda menyelesaikan masalah secara mudah. Jika permasalahan teknikal ini melibatkan pihak TM, pihak kami tidak dapat membantu secara terus.

Facebook Comments

2 Comments

Comment on this FAQ

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.