Hyptv EC6108V8 – Astro On The GO – AOTG

Salam sejahtera. Di sini didokumentasikan kaedah untuk Hyptv EC6108V8 – Astro On The GO – AOTG; menggunakan aplikasi AOTG pada box yang sudah mendapat kemaskini terbaharu.

Maaf dari kami kerana ungkin pendokumentasian ini agak lambat berbanding di laman-laman lain. Ia agak lewat dikongsikan kerana kami baru mempunyai kelapangan untuk mencubanya.

 

.. Kita teruskan..

 

Sebelum memulakan proses, sila muat turun apk diperlukan dari aotg.faizalnordin.com ke pemacu USB anda. Kemudian, pasangkan pemacu tersebut pada box anda.

Ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk membuat pemasangan pada box ini. Anda boleh gunakan kaedah tersendiri jika anda pengguna mahir.

Akan tetapi, berikut adalah kaedah yang saya gunakan.

1) Lancarkan aplikasi BROWSER. Anda memerlukan papan kekunci dengan kunci CTRL. Perincian kaedah pemasangan di sini.

2) Buka laman x.faizalnordin.com dan pasangkan aplikasi APKPURE.

3) Lancarkan aplikasi APKPURE dan kemaskini jika perlu.

4) Cari aplikasi ES FILE EXPLORER dan pasangkan aplikasi yang telah anda muatkan pada pemacu USB anda. Perincian kaedah pemasangan di sini.

5) Lancarkan aplikasi ES FILE EXPLORER dan mulakan pemasangan apk yang telah dimuat turun pada mulanya.

6) Selesai semua pemasangan, lancarkan semula aplikasi APKPURE, kemaskini semua perisian.

7) Lancarkan aplikasi AOTG. Jika diperhatikan akan ada ralat ‘Purchase….’. Ini disebabkan anda tidak log masuk ke akaun Google anda.
** Ia boleh diabaikan atau anda boleh log masuk ke akaun anda untuk mengelakkan ralat ini.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.