Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 – Rumusan Sebelum Bersara

Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8, kata kunci yang pernah popular suatu ketika dahulu. Tapi kenapa entri ini menekankan ‘persaraan’?

Salam sejahtera para pembaca sekalian.

Sudah setahun lebih saya beralih daripada TM Unifi ke Time Internet. Pada masa sama ketika di awal proses peralihan, saya telah menjualkan box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8.

Kenapa jual? Sebab box itu fungsi utamanya adalah untuk menonton siaran Hyptv je. Untuk penggunaan penstriman lain, saya telah memilik peranti yang lebih baik. Jadi, kenapa perlu ada banyak peranti kan?

Kenapa beralih kepada Time? Tawaran Time Internet amat berbaloi berbanding TM Unifi sedangkan saya adalah pengguna setia setelah sekian lama. Bila ditanya berkenaan tingkat upaya infrastruktur disebabkan infrastruktur sekarang hanya mampu menampung sehingga 30Mbps sahaja, saya terima jawapan yang mengecewakan. Sedangkan pengguna lain menikmati kelajuan turbo pada harga sama, saya hanya menikmati 30Mbps pada RM199.00.

Time Internet tiba, menawarkan kelajuan 100Mbps (simetri) pada harga RM99.00. Apa lagi yang ditunggu.

Balik kepada topik asal entri ini, ya, saya memilih untuk bersara dari menggodek peranti Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8.

Tapi jika diberi peluang (ada peranti), saya masih boleh mencuba. 🙂

Selain dari itu, ada beberapa entri saya termasuklah video di Youtube telah diturunkan disebabkan tuntutan hakcipta. Jadi, di sini, saya kongsikan kesimpulan akhir kerana saya dapati, masih ramai pengunjung singgah ke sini.

  1. Link untuk muat turun STB management – http://bit.ly/2tcCfxb
  2. Link untuk muat turun firmware (update) – http://bit.ly/2OeFFXY
  3. Link untuk panduan sideload (ES File explorer) – http://bit.ly/2z1Fvep
  4. Link panduan menukar DNS – http://bit.ly/2VV6nX3
  5. Link untuk soalan2 lazim (FAQs) – http://bit.ly/2HpfElq

Harap maklum bahawa, mungkin panduan di blog ini tidak lagi relevan kerana Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 yang telah menerima kemaskini terkini dari TM dan ada juga sesetengah pautan pada entri awal di blog ini juga telah ‘rosak’.

Zaman dan masa beredar, peranti ini, jika tidak silap, masih menggunakan versi android (4.4.2) yang agak lama yang mana tidak lagi memungkinkan beberapa aplikasi terkini dipasangkan pada peranti tersebut.

Apa pun, mungkin masih ada cara. Mungkin. Itu pun jika anda rajin untuk mengusik box tersebut.

Sehingga berjumpa lagi. Saya mungkin hadir dengan kandungan baharu.

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.