Soalan Lazim (FAQs)

Segmen Soalan Lazim Berkaitan Box Huawei EC6108V8. Mungkin boleh diaplikasi kepada box yang lain.

Ini alternatif kepada NTP (time) server pada Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108. Anda boleh gunakan URL ini:

128.199.84.169

‘Error Parsing File’, ia adalah ralat atau error biasa untuk mereka yg cuba install aplikasi menggunakan file apk. Ia bukan sahaja kena pada box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 tetapi juga box2 android lain.

Antara punca error ini:

– File corrupted. Dalam kata lain, file yang digunakan telah rosak. Sila pastikan saiz file yang didownload dan juga yang di source server.

– Aplikasi tidak compatible.

Ramai pembaca bertanya kepada saya berkenaan Blank Screen / Boot sangkut pada skrin ‘Starting’. Saya tiada jawapan tepat kepada permasalahan ini kerana saya tidak mempunyai masalah tersebut untuk saya buat kajian.

Jadi, apa yang saya cadangkan di sini:

a) Apply update semula

1. Apply semula update kepada box anda. Rujuk sini: http://lynk.my/8CVj

b) Apply update semula dan update firmware selepas siap semuanya

1) Seperti cadangan (a), cuma yang ini, anda masukkan semula URL update server untuk biarkan firmware box di’update’. Pastikan anda telah install ES Explorer sebelum memasukkan semula URL update server.

c) Restore factory setting

1. Masuk ke recovery mode, pilih option untuk restore setting. Harus diingatkan, cara ini akan buatkan box anda seperti asal. Sila call TM untuk dapatkan id Hypptv anda.

 

** Work-around solution (solusi sementara) ialah dengan menyambungkan kabel LAN pada box anda. Walau bagaimanapun, cara ini dikatakan hanya sementara jika anda mencabut kabel LAN selepas boot berjaya.

YA. Anda boleh tonton siaran Astro di Set Top Box – Huawei EC6108V8.

Caranya? Install apps Astro On The Go atau Njoi Now. Ia mungkin memberi ralat ‘incompatible’ jika dicari di Playstore. Anda boleh download apk dan side load. Rujuk sini. http://lynk.my/Skgt

Buat masa sekarang, sekali pun dengan firmware update terkini dari TM masih lagi menggunakan Android 4.4.2.

Masih belum kedengaran developer yg membina custom firmware untuk box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8.

TIDAK. Asalnya box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 tidak perlu di’install’kan sebarang aplikasi lain selain yang sedia ada dimuatkan oleh TM.

Nota2 di blog.faizalnordin.com adalah untuk membantu anda memaksimakan penggunaan box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 sahaja.

Nota kaki di blog ini disediakan secara percuma. Apa pun terima kasih kepada penderma dan juga pembaca yang telah klik pada link iklan yang disediakan oleh lynk.my

Ada ketika, pihak pembekal mempunyai masalah, jadi, link yang anda klik mungkin gagal berfungsi. Anda boleh cuba untuk refresh page semula, atau tekan back dan tekan semula pada link tersebut.

Walau bagaimanapun, jika link itu berfungsi tetapi masih ada ralat lain dipaparkan, sila maklumkan kepada kami dengan menggunakan fungsi hubungi saya atau borak dengan saya.

Dengan iklan tersebut, ia mampu membantu survival blog.faizalnordin.com

Terima kasih sekali lagi.

Ramai pengguna Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 akan hadapi masalah Playstore gagal load atau seolah2 tiada respon selepas pertama kali login.

Jangan risau, reboot je box anda. Selain itu, pastikan WIFI bersambung dengan internet dan date/time adalah betul. Boleh rujuk entri ini untuk maklumat. > http://lynk.my/LIBV

Jika anda ingin masukkan semula URL server untuk update box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8, ini ialah URL nya:
– Streamyx user: http://210.187.19.170:8082
– UNIFI user: http://10.0.194.158:8082

Jika anda melakukan factory reset atau sebarang langkah yang menyebabkan gangguan pada tetapan HYPPTV anda, error akan dipaparkan di TV.

Sila pastikan tetapan anda adalah mengikut langganan anda:

  1. Masuk ke SETTINGS kemudian IPTV Settings. Pastikan ‘Field Switcher’ ditetapkan mengikut langganan anda; UNIFI atau Streamyx.
  2. Jika HYPPTV meminta anda memasukkan login ID dan password, sila dapatkan dengan menghubungi TM di talian 100. Kemudian, masukkan ID tersebut untuk login. INGAT, ia adalah ID HYPPTV untuk box TM BUKAN HYPPTV EVERYWHERE.
  3. Anda juga boleh login HYPPTV anda di skrin IPTV Settings. Gunakan tetapan ‘IPTV Authentication Settings’. Maintenance code adalah 3008(box firmware lama) atau 6872(box firmware updated).
  4. Jika anda bertukar dari box lama ke box baharu, pastikan anda hubungi TM untuk unbind box lama anda terlebih dahulu.

Bagi pengguna Streamyx, anda boleh menggunakan WIFI atau LAN untuk menonton siaran Hypptv. Ini kerana Hypptv dan internet berkongsi talian yang sama. Jika anda mendapat error apabila melancarkan aplikasi Hypptv, sila pastikan yang berikut:

1) LAN atau WIFI bersambung
2) Tetapan IPTV Setting pada Setting diletakkan pada Streamyx

Bagi pengguna UNIFI, untuk menonton Hypptv, anda perlu menyambungkan kabel LAN dari port LAN box anda ke port LAN no 4 pada router anda. WIFI pula, untuk penggunaan internet. Jika masih mendapat error apabila melancarkan aplikasi Hypptv, sila pastikan yg berikut:

1) LAN bersambung pada port sepatutnya
2) Tetapan IPTV Setting pada Setting diletakkan pada UNIFI.

 

Jika masalah masih berlarutan, sila hubungi TM. Bacaan di blog ini adalah untuk memudahkan/membantu anda menyelesaikan masalah secara mudah. Jika permasalahan teknikal ini melibatkan pihak TM, pihak kami tidak dapat membantu secara terus.

Pihak blog.faizalnordin.com tidak bertanggungjawab jika langkah2 yang dirujuk di sini menyebabkan jaminan dari pihak pembekal (TM) terbatal dengan sendirinya. Sila rujuk pihak pembekal sebelum bertindak.

Ya. Risiko sentiasa ada di mana2. Bagi pengguna yang membuat rujukan di blog.faizalnordin.com, sila lakukan atas tanggungjawab sendiri. Pihak blog.faizalnordin.com tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kemalangan atau kerugian.

Ya, mungkin boleh. Tapi disebabkan saya tidak root box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 milik saya, maka, tiada perkongsian mengenainya di sini.

1. 3008 – untuk box dengan versi firmware lama

2. 6872 – untuk box dengan versi firmware baharu (tiada Playstore). Harus diingat, jika menggunakan kod ini untuk membuat factory reset, ia tidak akan mengembalikan Playstore. Sila rujuk sini untuk panduan; http://lynk.my/8CVj

3. 304830 – recovery mode password

1. Pastikan box anda bersambung dengan internet.

2. Penerangan masalah Youtube untuk Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 ada di sini; http://lynk.my/dyiT

3. Bagi pengguna Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108, aplikasi Youtube sedia ada tidak boleh digunakan. Sila install Youtube for Android TV pada box anda. Boleh rujuk sini untuk panduan; http://lynk.my/Skgt

Ini disebabkan web browser anda tidak support fungsi video player. Bagi pengguna box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108, browser asal memang tidak support fungsi tersebut. Dicadangkan anda gunakan aplikasi browser lain seperti UC Browser.

Bagi pengguna Set Top Box – Huawei EC6108V8 yang menggunakan Android versi 4.4.2 dan juga lain2 box yang menggunakan versi sama, anda akan mendapat ralat ‘Not Compatible’ di Playstore atau pun tidak langsung menjumpai KODI di Playstore.

Aplikasi KODI di Playstore kini adalah versi 17.3 (atau mungkin lebih baharu).

Bermula versi 17.0, KODI memerlukan Android OS 5.0 ke atas. Jika box anda menggunakan versi Android yang lebih rendah misalnya 4.4.2, anda perlu install aplikasi KODI versi 16.1 secara manual (sideload). Pengguna Set Top Box – Huawei EC6108V8 khasnya, anda boleh rujuk sini untuk panduan; http://lynk.my/Skgt

Selain KODI, anda boleh gunakan aplikasi Mygica atau FTMC sebagai alternatif.

 

Kerja anda menjadi mudah? Anda dapat berjimat? Belanja la kopi. 🙂

RM
Personal Info

Donation Total: RM5