Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 – Dari 0 ke SUPERB – Method 2 (UC Browser)

Salam sejahtera. Ramai antara pelawat berkata mereka tiada pendrive untuk melaksanakan apa yg saya kongsikan pada tutorial pertama; Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 – Dari 0 ke SUPERB.

Jadi di sini, saya kongsikan cara kedua untuk pemasangan aplikasi pada android box anda. Disebabkan saya menggunakan Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8, jadi tutorial ini adalah untuk pengguna Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 secara khasnya dan pengguna android box lain secara umumnya.

Cara kedua ini, ialah dengan menggunakan UC Browser.

1) Pasang aplikasi UC browser dengan menggunakan Playstore

wp-1475456250901.jpg

2) Setelah siap dipasangkan, lancarkan aplikasi UC browser

wp-1475456244034.jpg

3) Pada ruangan ‘enter URL’, masukkan website yg mempunyai apk yg dicari, atau anda boleh masukkan kata kunci untuk apk yg dicari. Untuk tutorial ini, saya gunakan ‘apkpure’ sebagai contoh. APKPURE adalah salah satu website untuk muat turun fail apk untuk proses sideload.

wp-1475456235744.jpg

4) Gunakan fungsi ‘search’ untuk mencari apk yg diperlukan. Sebagai contoh, kita akan cari ‘Ace Stream’. Satu list akan keluar dan pilih applikasi yg kena pada carian anda. Kemudian, tekan butang ‘download APK’. Menu UC browser akan keluar untuk pilihan muat turun. Biarkan sahaja dan tekan butang download. Tetapi jika anda adalah pengguna berpengalaman, silakan mengubah apa yg perlu.

wp-1475456216125.jpg

wp-1475456210171.jpg

5) APK tersebut akan dimuatturun. Setelah selesai, tekan pada ikon ‘3 garis’ di bawah aplikasi UC browser. Satu menu akan keluar, sila pilih ‘download’. Senarai fail yg telah dimuatturun akan terpapar.

wp-1475456181128.jpg

wp-1475456176740.jpg

wp-1475456171721.jpg

6) Pilih fail apk yg hendak dipasangkan dan mulakan pemasangan.

wp-1475456153272.jpg

7) Siap!!

** matikan fungsi software update Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 dengan merujuk posting ini Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 – Mematikan Fungsi Auto Update.

Kerja anda menjadi mudah? Anda dapat berjimat? Belanja la kopi. 🙂

RM
Personal Info

Donation Total: RM5

Facebook Comments

1 Comment

  1. beribu-ribu tahniah tuan atas usaha anda!!
    selepas menonton/membaca artikel tuan ini, box TM saya menjadi superb seperti yang dikatakan!!
    ini bukan gimik tapi kenyataan
    lepas ni saya nak install KODI, SHOWBOX, CINEMABOX dan lain-lain aplikasi PERCUMA dan dalam masa sama menjimatkan kos saya untuk ke panggung wayang atau melanggan AXXXO lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.