Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 – Playstore – ADB

Salam sejahtera para pengguna Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108. Hari ini saya kongsikan cara alternatif untuk recovery Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108V8 – Playstore – ADB method.

** FOR ENGLISH , REFER HERE >> http://lynk.my/bFPS5

Method recovery kurang berjaya? Ini satu lagi method saya cuba sendiri dengan sedikit tambah baik dari rujukan asal. Kredit kepada pemilik asal yang merungkaikan sertai berkongsikan STB management tools untuk tujuan kerja2 pemulihan Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108. Saya tidak dapat rujuk sumber asal kerana bahan hanya diperolehi hasil perkongsian rakan sahaja.

Untuk method ini, sebuah komputer dengan sistem operasi Windows adalah diperlukan.

Berikut langkah2:

1. Pastikan box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 dipasang serta disambung ke network rumah anda menggunakan WIFI.

2. Pastikan komputer anda berada dalam network yang sama.

3. Dapatkan IP Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 anda. Terdapat pelbagai cara jika anda pengguna mahir. Di sini saya kongsikan antara langkah2nya:

– Pada box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108, buka Setting/About. Ia akan paparkan mac address box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 anda. Notakan mac address tersebut. Bagi pengguna advance, anda mungkin boleh letakkan static IP kepada box anda bagi memudahkan kerja. Jadi, langkah ini dapat dilangkau.

– Guna aplikasi Fing – Network Tools (pengguna android/ios), install pada telefon anda. Padankan mac address dan IP box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108. Notakan IP tersebut untuk langkah seterusnya. Dalam contoh ini , IP box ialah 192.168.1.209. Bagi pengguna advance, anda mungkin boleh letakkan static IP kepada box anda bagi memudahkan kerja. Jadi, langkah ini dapat dilangkau.

** Langkah seterusnya adalah pada komputer anda. Anda perlu download tools ini untuk menjalankan kerja2 anda. Download di sini. Tools Download.

4. Extract atau unzip file yang telah anda download tadi. Kebiasaannya ia akan berada di folder DOWNLOAD komputer anda.

5. Buka folder ‘root’ dari folder ‘Huawei_STB_Management’. Lancarkan program CMD. Jika anda perhatikan, terdapat beberapa APK file di situ. Di sinilah lokasi di mana anda perlu letakkan apk file bagi memudahkan kerja-kerja anda. Bagi pengguna advance, anda boleh lakukan mengikut selera anda.

Nota: Jika keluar skrin amaran seperti di bawah, tekan ‘RUN’ jika mahu teruskan, ‘CANCEL’ jika tidak mahu.

6. Uji sambungan ke box Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 anda dengan ‘ping’. Taip ping <ip address box> dan tekan [ENTER]. Contoh: ping 192.168.1.209

Keputusan ping: OK

7. Seterusnya, buka folder ‘STBManageTool’ dari folder ‘Huawei_STB_Management’. Lancarkan program management tools.

Nota: Jika keluar skrin amaran seperti di bawah, tekan ‘RUN’ jika mahu teruskan, ‘CANCEL’ jika tidak mahu.

Nota: Jika keluar skrin amaran seperti di bawah, tekan ‘ALLOW ACCCESS’ jika mahu teruskan, ‘CANCEL’ jika tidak mahu.

8. Buat seperti di bawah

a) Pilih file lesen. Ia ada dalam folder yang sama.

b) Tekan untuk teruskan

9. Buat seperti di bawah

a) Selepas langkah 8, skrin di atas akan dipaparkan. Jika tidak, anda boleh tekan pada tab yg dilabel (a) seperti di atas.

b) Masukkan IP Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 anda

c) Pilih Huawei

d) Masukkan password. Pastikan titik tidak dilupakan >> .287aW

e) Tekan (e) untuk sambung ke Hyptv Set Top Box – Huawei EC6108 anda

f) Perhatikan MAC ini. Ia adalah MAC LAN anda, BUKAN WIFI.

g) Pilih option seperti gambar

h) Tekan untuk teruskan

10. Pergi ke skrin CMD anda sebentar tadi. Jika anda telah tutup skrin CMD, anda boleh buka semula seperti langkah (5).

11. Taip adb connect <ip address> dan tekan [ENTER]

Sambungan berjaya:

12. Install APK yang diperlukan. Pada saya, APKPURE adalah yang diperlukan. Dari situ, anda boleh install ES Explorer untuk langkah2 berikutnya.

Taip adb install <nama aplikasi penuh>

Install berjaya:

Anda juga boleh install aplikasi lain menggunakan kaedah ini. Untuk memudahkan kerja, letakkan file APK tersebut di dalam folder ‘root’ seperti dinyatakan sebelum ini.

Rujuk sini untuk method install guna APKPURE. > http://lynk.my/XrUa

Rujuk sini untuk method install guna ES Explorer > http://lynk.my/Skgt

Selamat mencuba.

Kerja anda menjadi mudah? Anda dapat berjimat? Belanja la kopi. 🙂

RM
Personal Info

Donation Total: RM5

Facebook Comments

19 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.